Seperti biasa, hidangan apam polka sudah menjadi satu trend di kalangan anak muda kita kerana penyediaan
yang sungguh mudah dan ringkas.
Anak-anak saya menggemari apam polka kerana hiasan yang menarik dan juga tidak muak utk dimakan. Sememangnya apam polka ini mudah utk disediakan. Sebab itu, anak-anak saya suka membawa apam polka sebagai hidangan kepada rakan-rakan serumah mereka. Ia tidak mudah basi. Dan tahan lama.
Sebenarnya, resepi ini telah dicedok dari blog Kak Azlita. Biasalah ilmu harus dikongsi. Baru bertambah pahala kita.
Ini ada resepi untuk penyediaan apam bagi 30 biji
Bahan-bahan
3 biji telur (gred A)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 cmt baking powder
1 cmt ovelette
1 cmt paste esen vanilla
Filling blueberry @ strawberry
Pewarna yg diminati
Cara-cara,
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul ia dengan kelajuan yang tinggi
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian masukkan pewarna mengikut kesukaan anda
- Kemudian, masukkan adunan anda ke dalam piping bag.
- Picitkan adunan ke dalam cawan kertas. Biarkan ianya sehingga separuh cawan
- Letakkan filling secukupnya. Kalau nak lebih mudah dan cermat, sila letakkan filling tersebut di dalam plastic kemudian picit.
- Apabila sudah mengisi filling secukupnya, anda perlu mengisi kembali adunan anda ke dalam cawan kertas sehingga ¾ cawan.
- Akhir sekali,sebagai hiasan. Buatkan dot-dot dgn warna pilihan. Kemudian, kukus 10-15 minit hingga masak.
Selamat menjamu selera. Jika anda berjaya menghasilkannya. Jangan lupa utk berkongsi hasilnya dengan saya.
No comments:
Post a Comment