Wednesday, 8 February 2012

kuih talam keladi





sebenarnya nak buat kuih talam keladi nie tak rumit pun. kebetulan semua bahan-bahan dah ada di dapur, suami yang belikan. so, saya merajinkan diri saya untuk  membuat kuih talam keladi sempena cuti Maulidur Rasul. 

biasalah, bila cuti menjelma kita harus memanfaatkannya sebaik mungkin. so, saya decide nak buat kuih ini. dah lama teringin nak makan kuih talam keladi nie. 

dan di bawah ini merupakan bahan-bahan utk membuat kuih talam keladi

Bahan-bahan untuk lapisan A
220 gram tepung beras  / 2 cawan
40 gram tepung ubi / 3 sudu besar
1 ½ tbspoon garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan-bahan B
250 gram keladi  (lebih sedikit pun takpe)
Mula-mula, buang kulit keladi, dan basuh dgn air garam supaya keladi tidak hitam
Potong keladi tersebut dalam bentuk kiub dan kukus selama 5 minit
Kemudian baru timbang.

Cara
  1. Bancuhkan bahan A hingga rata dan sebati.
  2. Tapiskan ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau sebentar, kemudian tuang ke dalam Loyang 10x10x3
  4. Kukus selama 25 minit

Bahan untuk lapisan atas
150-180 gram tepung gandum / 1 ½ cawan
3-5 biji telur- bergantung kepada saiz
250 gram gula halus
250 ml santan
500 ml air
Pewarna purple.

Cara penyediaan
  1. Bancuhkan semua bahan di atas dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga naik wap. Tuang  atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit (setiap 5 minit sila buka tudung periuk)



selamat mencuba. jangan lupa untuk berkongsi hasil anda di sini. :)

sepetang bersama apam polka dot



Seperti biasa, hidangan apam polka sudah menjadi satu trend di kalangan anak muda kita kerana penyediaan
yang sungguh mudah dan ringkas.

Anak-anak saya menggemari apam polka kerana hiasan yang menarik dan juga tidak muak utk dimakan. Sememangnya apam polka ini mudah utk disediakan. Sebab itu, anak-anak saya suka membawa apam polka sebagai hidangan kepada rakan-rakan serumah mereka. Ia tidak mudah basi. Dan tahan lama.

Sebenarnya, resepi ini telah dicedok dari blog Kak Azlita. Biasalah  ilmu harus dikongsi. Baru bertambah pahala kita.

Ini ada resepi untuk penyediaan apam bagi 30 biji

Bahan-bahan

3 biji telur (gred A)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 cmt baking powder
1 cmt ovelette
1 cmt  paste esen vanilla
Filling blueberry @ strawberry
Pewarna yg diminati

Cara-cara,

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul ia dengan kelajuan yang tinggi
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian masukkan pewarna mengikut kesukaan anda
  3.  Kemudian, masukkan adunan anda ke dalam piping bag.
  4.  Picitkan adunan ke dalam cawan kertas. Biarkan ianya sehingga separuh cawan
  5. Letakkan filling secukupnya. Kalau nak lebih mudah dan cermat, sila letakkan filling tersebut di dalam plastic kemudian picit.
  6. Apabila sudah mengisi filling secukupnya, anda perlu mengisi kembali adunan anda ke dalam cawan kertas sehingga ¾ cawan.
  7. Akhir sekali,sebagai hiasan.  Buatkan dot-dot dgn warna pilihan. Kemudian, kukus 10-15 minit hingga masak.


Selamat menjamu selera. Jika anda berjaya menghasilkannya. Jangan lupa utk berkongsi hasilnya dengan saya. 


Wednesday, 18 January 2012

newbie on the road


at last, after a few paksaan oleh mak. i'm done manage her own blog. yippie. now, it is your turn to make your blog became more alive. toodles :)